by

UMNO, Pas jemput PH ke Himpunan Penyatuan Ummah

KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas menjemput 30 parti politik, termasuk Pakatan Harapan (PH) untuk hadir ke Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) pada Jumaat dan Sabtu ini.

Namun Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa tidak menyatakan sama ada Pakatan Harapan memberi respon terhadap surat jemputan yang diedarkan itu.

“Himpunan ini bersifat nasional, kita telah pun mengundang semua parti politik dalam negara sebahagian besar telah memberi jawapan kehadiran. Ada yang jawab tapi kita tak berhasrat memaklumkan di sini.

“Sebanyak 30 parti politik berdaftar, tidak ada beza, parti kerajaan, parti besar, parti kecil,” katanya pada sidang media di Menara Tun Datuk Onn.

Katanya, ini membuktikan bahawa himpunan tersebut bukan bersifat perkauman dan dalam masa yang sama menerima tetamu daripada pelbagai kaum.

“Kita ada tetamu dari kaum India, Cina, kumpulan etnik termasuklah Kadazan Dusun dan sebagainya. Sebarang tanggapan majlis ini terhad kaum dan agama tertentu adalah salah sama sekali,” katanya.

Dijangkakan penyokong yang akan hadir adalah puluhan ribu daripada setiap negeri.

Untuk rekod UMNO dan Pas juga akan menandatangani piagam pada hari terakhir himpunan itui. -MalaysiaCapture

Source link

READ :  Sources: Jho Low believed to be roaming freely in China

Comment

News Feed