by

Tiada bukti bantu Bumiputera gugat ekonomi negara, rugikan kaum lain, kata MTEM

Ketua pegawai eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman (tengah) dalam sidang media bersama komuniti perniagaan Bumiputera, menggesa kerajaan terus laksana agenda ekonomi golongan itu.

PETALING JAYA: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berkata belum ada kajian yang menunjukkan membantu kaum Bumiputera menjahanamkan negara dan merugikan mana-mana kaum.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman berkata, gesaan supaya kerajaan melaksanakan agenda Bumiputera sepatutnya tidak dijadikan isu.

“Agenda Bumiputera ini satu kaedah untuk mengurangkan jurang pendapatan dan kekayaan antara kaum,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama ahli MTEM dan komuniti ekonomi Bumiputera.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali yang menggesa kerajaan pusat tidak lagi bersikap “apologetik” dalam melaksanakan janji yang melibatkan agenda orang Melayu dan Bumiputera ekoran kekalahan PH dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih baru-baru ini.

Menurut Azmin, kekalahan PH itu merupakan mesej jelas rakyat supaya kerajaan segera bertindak menyelesaikan masalah dan kebajikan rakyat tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak.

MTEM menyokong gesaan Azmin memandangkan status ekonomi golongan Bumiputera masih jauh ketinggalan daripada mencapai tahap keseimbangan ekonomi antara kaum.

Beliau berkata, pendapatan per kapita pada tahun 2014 bagi Bumiputera hanya sebanyak 27.1% (RM16,066 setahun), berbanding pendapatan bagi bukan-Bumiputera (RM74,067 setahun).

“Bumiputera hanya memiliki 26.1% daripada aset daripada perumahan di Malaysia, manakala bukan- Bumiputera sebanyak 63.3%, sedangkan jumlah penduduk Bumiputera adalah hampir 3 kali ganda berbanding bukan-Bumiputera.

“Sumbangan kepada ekonomi oleh industri kecil dan sederhana (SME) Bumiputera pula hanyalah 12% daripada jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia,” katanya.

Yazid juga berkata, permohonan kerja dalam kalangan golongan Bumiputera juga masih berhadapan masalah diskriminasi, terutama dalam sektor swasta.

Beliau berkata, berdasarkan kajian oleh Cent-GPS telah membuktikan wujudnya diskriminasi pekerjaan yang besar di sektor swasta.

“Sebagai contoh syarat pemohon perlu mahir bertutur dalam bahasa Mandarin hanyalah alasan untuk menawarkan pekerjaan kepada orang Cina sahaja.

READ :  That Easter, 30 years ago, when I became born again!

“Hanya 29% syarikat yang mensyaratkan bahasa Mandarin sebagai syarat pekerjaan cuba memanggil semula calon bukan Cina yang mampu bertutur bahasa Mandarin untuk menetapkam masa temu ramah,” katanya

Beliau juga berkata, gejala “Ali Baba” menjadi semakin berleluasa semasa penghujung pemerintahan Barisan Nasional (BN), sekali gus membantutkan matlamat agenda ekonomi Bumiputera.

Justeru katanya, MTEM menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH), terutama Azmin Ali supaya terus menterjemahkan agenda Bumiputera dalam pentadbiran.

“Seluruh ahli MTEM dan komuniti ekonomi Bumiputera akan berada di belakang mana-mana pemimpin yang tidak segan silu membela dan memperjuangkan agenda ekonomi Bumiputera.

MTEM adalah sebuah pertubuhan payung yang mewakili lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi orang Melayu di peringkat kebangsaan.

Terdapat kira-kira 120 pertubuhan ekonomi di peringkat negeri yang bernaung di bawah MTEM dan mewakili lebih 500,000 perniagaan milik orang Melayu.

Source link

Comment

News Feed