by

Sijil palsu:Pemuda UMNO Johor desak MB jawab


Pemuda UMNO Johor mendesak Menteri Besar, Datuk Osman Sapian tampil membersihkan tuduhan dilemparkan terhadap beliau yang didakwa mempunyai ijazah dan diploma palsu.

Ketua Penerangannya, Johan Azam Mohd. Yasin berkata, Osman perlu menunjukkan bukti ijazah asli yang didakwa diperolehinya daripada Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurutnya, Pemuda UMNO Johor berpendapat, memalsukan ijazah atau kelayakan akademik adalah satu kesalahan besar yang dilakukan oleh individu tiada integriti terutama mereka bergelar Yang Amat Berhormat.

“Sehingga saat ini, beliau masih belum menjawab isu berkenaan. Adakah pasukan media atau pegawai-pegawai khasnya ketika ini sedang ‘panas punggung’ dan sedang dimaki oleh Osman Sapian untuk mencari sumber menangkis isu ini?

“Justeru, sekiranya gagal menunjukkan bukti, kami minta beliau untuk mengaku telah mengkhianati dan menipu rakyat negeri ini, sekali gus dipersilakan untuk berundur melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Utusan Online melaporkan, selepas cerita ‘sijil palsu’ Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, orang ramai mula meragui kelayakan Osman yang mendakwa mempunyai ijazah dan diploma Perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

Johan Azam berkata, Pemuda UMNO Johor juga berharap pihak Osman tidak menggunaka alasan yang dipakai penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk menangkis berita itu dengan mengatakan ‘Menipu sijil tidaklah seteruk mencuri duit rakyat, duit negara’.

“Adakah menipu sijil itu lebih mulia daripada perbuatan mencuri? Agak mencuit hati alasan sedemikian. – UTUSAN ONLINE



Source link

Comment

News Feed