by

Rameli bukan rakan karib Anwar tapi sahabat rapat Abdul Hadi – Rafizi

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tampil sekali lagi membangkitkan pelbagai persoalan berhubung isu pembayaran RM1.4 juta yang didakwa dibayar oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Kali ini Rafizi turut memuatnaik sekeping gambar Abdul Hadi bersama Datuk Seri Rameli Musa yang namanya didedahkan semalam sebagai pemilik sebenar akaun yang digunakan untuk memindahkan bayaran kepada peguam Clare iaitu Americk Sidhu semalam.

Menurut beliau, dakwaan pemimpin-pemimpin Pas bahwa Rameli adalah sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu pembohongan.

Tuduhan itu juga, katanya, menunjukkan kebodohan mereka kerana terlalu ghairah mahu menyucikan Abdul Hadi sehingga sanggup memfitnah sahabat karib keluarga presiden Pas yang diketahui umum banyak memberi sumbangan kewangan kepada parti itu.

“Memang Dato’ Seri Rameli Musa ini belajar di MCKK dulu dan pernah berada di dalam ABIM.

“Ia tidak ubah seperti saya orang Terengganu (seperti mana Dato’ Seri Hadi Awang orang Terengganu) dan Hadi Awang sendiri pernah menjadi pimpinan ABIM Terengganu.

“Tetapi itu tidak menjadikan saya orang kuat PAS (hanya kerana saya ada sedikit persamaan dengan Dato’ Seri Hadi Awang) atau Dato’ Seri Anwar Ibrahim ahli PAS (hanya kerana beliau pernah menjadi presiden ABIM dan presiden Pas kini pernah menjadi pimpinan bawahan beliau di dalam ABIM dahulu),”  katanya.

Beliau berkata demikian menerusi blognya https://rafiziramli.com/2019/03/menjawab-spin-penyokong-pas-menidakkan-hubungan-dato-seri-rameli-musa-dengan-presiden-pas/

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sepanjang menjadi pimpinan kanan KEADILAN sejak dari tahun 2010, tidak pernah sekali pun Rameli terlibat dengan parti itu atau menjadi penyokong juga rakan rapat kepada Anwar.

Katanya, Rameli dihormati sebagai penyokong Pas yang ada perniagaan besar (maka keperluan beliau untuk juga dilihat kekal rapat dengan sesetengah pimpinan UMNO).

READ :  Kraft Heinz faces existential crisis after US$16 billion rout

“Pada pandangan kami, beliau dikenali sebagai bekas aktivis ABIM dan ahli perniagaan yang menyokong gagasan Unity Government, iaitu menyatukan UMNO dan PAS sejak dari tahun 2008 lagi.

“Laporan-laporan dari laman rasmi PAS sendiri menyebut bagaimana beliau mengiringi Dato’ Seri Hadi Awang dalam beberapa program, malah disertai dengan gambar-gambar bersama,” katanya.

Rameli Sahabat Karib Abdul Hadi

Kata Rafizi, sejak semalam tidak ada mana-mana pihak termasuk Abdul Hadi sendiri yang menyangkal bahawa Rameli merupakan sahabat karibnya dan sering datang ke rumah menantu beliau.

Beliau berkata, tidak tidak ada salahnya Rameli rapat dengan Abdul malah beliau juga tidak terkejut jika ahli perniagaan itu sanggup membayar RM1.4 juta untuk menyelamatkan maruah rakan karibnya itu. Ia satu tindakan terpuji.

“Yang salahnya ialah bila Pas berlaku tidak jujur dengan cuba memutar belit demi modal politik. Salah apabila pimpinan Pas tidak membetulkan penyokong wala’ di bawah yang menabur pelbagai fitnah terhadap Dato’ Seri Rameli Musa, sedangkan tokoh perniagaan itu begitu banyak membantu kewangan Pas selama ini.

“Akibat pelbagai tuduhan tidak benar yang dikilang oleh penyokong wala’ di bawah, ia menimbulkan pandangan buruk mengenai Dato’ Seri Rameli Musa.

“Ini mengundang rakyat keseluruhannya mempersoalkan kredibiliti Dato’ Seri Rameli Musa, yang akhirnya akan mempersoalkan kenapa rakan karib presiden PAS (yang membayar RM1.4 juta untuk menyelamatkan maruah presiden PAS ini) dilantik sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) oleh kerajaan PH,” katanya.

Kata Raifiz, Rameli sememangnya seorang niagawan Melayu yang berjaya dan tanpa cerita yang dikilang oleh penyokong Pas dengan menuduh beliau menjadi kuli suruhan Anwar  (sedangkan beliau sebenarnya rakan karib Hadi) tiada apa yang pelik sangat dengan lantikan beliau sebagai Pengerusi KTMB oleh kerajaan PH.

READ :  Aplikasi ‘Find My Phone’ bantu polis kesan suspek kes samun

Keadaan itu juga, katanya, menunjukkan betapa terbuka dan profesionalnya kerajaan PH yang tidak menghukum seseorang atas pegangan politik, sehingga rakan karib presiden Pas pun dilantik sebagai ketua GLC yang besar.

“Namun, dengan kerja-kerja putar belit (“spin”) kini diserahkan sepenuhnya kepada penyokong wala’ dan pimpinan PAS mencuci tangan, kemungkinannya korban paling besar dalam cubaan menutup kemaluan presiden PAS ini adalah rakan karib beliau sendiri.

“Dalam kesemua kekecohan ini, tidak sekali pun Dato’ Seri Hadi Awang menjawab fakta-fakta yang dikeluarkan satu persatu. Setiausaha Agung telah jawab dan kantoi. Ketua Penerangan telah jawab dan kantoi.

“Dan kini beliau melihat sahaja penyokong-penyokong yang wala’ kepada beliau menghina rakan karib beliau yang sanggup membayar RM1.4 juta untuk menyelamatkan maruah beliau yang tercalar akibat strategi “kingmaker” dan “cash is king” yang gagal.

“Sehingga kini beliau tidak membela Dato’ Seri Rameli Musa dan menyatakan bahawa Dato’ Seri Rameli Musa itu sahabat karib beliau. Atau mengiyakan bahawa memang Dato’ Seri Rameli Musa membayar RM1.4 juta sebagai sebahagian dari perjanjian untuk menamatkan kes saman beliau di mahkamah UK,” katanya.  – MalaysiaCapture

 

Source link

Comment

News Feed