by

Pakar forensik saksi inkues Adib buat laporan polis dakwa diugut saksi lain

KUALA LUMPUR – Dua pakar forensik yang juga saksi pakar bagi prosiding inkues kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim membuat laporan polis berhubung ugutan serta cubaan mempengaruhi penilaian mereka membabitkan kes terbabit.

Dalam satu laporan polis yang dilihat MalaysiaCapture, salah seorang pakar forensik mendakwa seorang lagi saksi pakar telah cuba meyakinkannya serta seorang lagi saksi lain untuk menandatangani surat persetujuan bahawa kecederaan di dada kanan dan di lengan atas, sebelah kanan Adib, berpunca daripada pintu kiri kenderaan EMRS.

“Saya membuat laporan ini kerana beliau telah cuba pujuk dan yakinkan saya dan Dr XX, di luar prosiding mahkamah, untuk bersetuju mengesahkan kecederaan di dada kanan dan lengan atas kanan berpunca dari pintu kiri kenderaan EMRS.

“Selain itu saya merasa tidak berpuas hati dengan kata-kata beliau “jika tidak bersetuju either you going down or i’m going down…,” menurut laporan terbabit.

Kejadian berlaku pada April 11 iaitu ketika ketiga-tiga pegawai terbabit hadir ke Balai Bomba Subang Jaya bagi memeriksa kenderaan EMRS serta melihat proses rekonstruksi.

Sementara itu laporan polis kedua yang dibuat seorang lagi saksi pakar mendakwa cubaan untuk mempengaruhi penilaian mereka bukan sahaja boleh menjejaskan integriti mereka sebagai saksi bahkan dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak menghormati mahkamah.

Kedua-dua saksi pakar terbabit membuat laporan polis di ibu pejabat polis Subang Jaya pada Sabtu lepas.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan laporan terbabit.
Dalam pada itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi MalaysiaCapture sekitar 11 malam tadi mengesahkan laporan polis terbabit.

READ :  Gempar… Wanita 74 tahun lahirkan anak kembar

Kata beliau pada jam 9.28 malam 20 April 2019 Sabtu lalu, dua doktor pakar daripada Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur telah membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya.

“Kedua dua mereka adalah saksi doktor pakar dalam inkues kematian Mohammad Adib Mohd Kassim.

“Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan iaitu ugutan Bencana kepada seseorang Penjawat Awam. Tiada sebarang kenyataan lanjut akan dibuat (polis) memandangkan inkues sedang dijalankan,” tegas beliau.

Dua pakar forensik yang memberi keterangan dalam inkues Adib  berkenaan adalah Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Datuk Dr. Md Shah Mahmood.

Manakala seorang lagi papar yang dipanggil adalah Prof Shahrom Abdul Wahid.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara. – MalaysiaCapture

Source link

Comment

News Feed