by

Ops cari warga Singapura hilang ketika berkayak ditamatkan

Pada 8 Ogos, Puah Geok Tin dan Tan Eng Soon dilaporkan hilang setelah terpisah daripada 13 rakan mereka ketika berkayak di perairan Mersing. Mayat Puah ditemui di Kuala Kemaman pada 14 Ogos.

JOHOR BAHARU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang daripada 2 rakyat Singapura yang masih hilang ketika berkayak di perairan Mersing pada 8 Ogos, ditamatkan hari ini selepas tiada petunjuk baru ditemukan oleh pasukan penyelamat.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, operasi bagaimanapun akan diaktifkan semula jika terdapat petunjuk baru dijumpai.

“Operasi ditamatkan kerana tiada lagi sebarang petunjuk baru ditemukan selepas menjumpai mangsa wanita (salah seorang mereka) pada 14 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini operasi dijalankan selama 10 hari meliputi skop pencarian dari udara, permukaan laut, pesisir pantai dan di pulau-pulau yang melibatkan seramai 155 anggota, 5 aset udara dan 11 aset laut dari pelbagai agensi dengan anggaran kos operasi sebanyak RM431,380.

Puah Geok Tin, 57, dan Tan Eng Soon, 62, dilaporkan hilang setelah terpisah daripada 13 rakan mereka ketika berkayak di perairan Mersing.

Mereka terpisah berikutan laut bergelora dan angin kuat ketika itu, namun mayat Puah ditemui di kedudukan 5 batu nautika timur Kuala Kemaman, Terengganu pada 14 Ogos lepas, manakala mayat Tan belum dijumpai.

Source link

READ :  Bagaimana saya boleh mungkir janji? – Teng Chang Kim

Comment

News Feed