by

Nama Marzuki ‘harum’ ke seluruh dunia


Isu ‘sijil palsu’ Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya kini mendapat perhatian antarabangsa apabila agensi berita, AFP mela­porkan mengenainya, semalam.

Dalam laporan tersebut, Marzuki didakwa ‘menipu’ kelayakan akademiknya dan kini didesak pelbagai pihak untuk meletakkan jawatan.

“Latar belakang pendidikan Marzuki menjadi perhatian apabila pengguna media sosial mempertikaikan ijazah jarak jauh dalam bidang pentadbiran perniagaan yang diterimanya dari institusi pendidikan Britain, yang sebelum ini disenaraikan dalam laman Wikipedia miliknya.

“Selepas menegaskan akan memberikan bukti ijazahnya, Marzuki berkata pada hari Rabu lalu bahawa dia sebenarnya tidak memperoleh ijazah daripada universiti berprestij tersebut, sebaliknya dari Universiti Antarabangsa Cambridge di Amerika Syarikat (AS),” lapor agensi itu seperti dipetik The Telegraph.

TRANSKRIP dan sijil Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan yang dimiliki Datuk Marzuki Yahya dar
TRANSKRIP dan sijil Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan yang dimiliki Datuk Marzuki Yahya dari Cambridge International University (CIU) Amerika Syarikat.

Menurut laporan itu lagi, selepas memberikan penjelasan tersebut, orang ramai di Malaysia kemudiannya mempertikai kredibiliti universiti tersebut yang menawarkan 150 program termasuk pengurusan kasino, namun hanya mempunyai 25 ahli fakulti, malah gambar profail salah seorang ahli fakultinya mempunyai tera air (watermark) menunjukkan ia diambil dari sebuah laman web cari jodoh di AS.

Laporan dari Daily Mail turut memetik kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mendesak Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu untuk melepaskan jawatan Kabinet disandang beliau.

“Kontroversi ini memberi kesan kepada pentadbiran Perdana Menteri, (Tun Dr.) Mahathir Mohamad yang berikrar akan menentang korupsi dan meningkatkan integriti kerajaannya,” lapor portal itu.

READ :  Calon PH pastikan ceramah PRK DUN Semenyih ada permit

Utusan



Source link

Comment

News Feed