by

Malaysia jadi kuat jika didukung semua kaum, kata Anwar

 

Anwar Ibrahim.

NILAI: Malaysia tidak akan mampu untuk berdiri teguh jika ia hanya didokong oleh satu kaum tertentu sahaja, sebaliknya hanya akan menjadi kuat sekiranya ia turut didokong oleh semua kaum, kata presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, orang Melayu sememangnya perlu kuat kerana merupakan kaum majoriti dalam negara, namun untuk menjadi sebuah negara yang kuat, ia memerlukan dukungan dan juga integrasi dari lain-lain kaum.

Beliau yang juga ahli Parlimen Port Dickson berkata sebagai pemimpin Melayu, beliau tegas dengan pendirian bahawa negara harus kembali ke landasan yang betul untuk melaksanakan janji berteraskan prinsip Perlembagaan.

Prinsip itu katanya, ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukan Raja-raja Melayu.

“Ini dah disepakati dan saya tidak ada tolak ansur,” katanya dalam sesi Meet [email protected] (Universiti Sains Islam Malaysia) di sini, malam tadi.

Source link

READ :  Goldman Sachs reports lower profits as it eyes Main Street growth

Comment

News Feed