by

Makan nasi kerabu mampu sembuhkan penyakit

Banyak khasiat boleh didapati dalam hidangan nasi kerabu dan tidak semua tahu. (Gambar food.malaysiamostwanted.com)

Nasi kerabu adalah sejenis nasi ulam berwarna biru, bila disebut pasti semua orang teringat akan negeri yang digelar serambi mekah di Malaysia.

Ia cukup sinonim dengan negeri Kelantan yang sering menyajikan nasi kerabu di waktu pagi sebagai sarapan, atau juga hidangan keramaian.

Kebiasannya ia dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain.

Warna biru nasi pula terhasil daripada kelopak bunga telang yang direndam sebagai pewarna.

Namun tahukah anda, menurut kajian Chemical Composition and Anti-proliferative Properties of Flowers of Clitoria Ternatea, terdapat banyak khasiat daripada bunga telang.

Malah khasiatnya juga digunakan secara meluas dalam bidang perubatan untuk menyembuhkan penyakit.

Antara khasiat bunga telang adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan keupayaan berfikir dan mengurangkan masalah hilang ingatan.

2. Melawan sakit kanser dan pertumbuhannya.

3. Merawat keradangan dalaman dan pembengkakan tubuh.

4. Merawat penyakit mata seperti “pink eye” atau konjunktivitis.

5. Menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga.

6. Anti penuaan

7. Menyuburkan, menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut.

Walaupun penyediaan nasi kerabu agak rumit dan renyah disebabkan banyak bahan perlu disediakan, membuatkan ramai memilih untuk membeli daripada membuatnya sendiri.

Sumber : Malloc Media Network

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Source link

READ :  Ecuador rejects WikiLeaks claims that it plans to expel Assange

Comment

News Feed