by

Keadilan tertegak juga akhirnya – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kesyukuran sahabat baiknya, mendiang Karpal Singh akhirnya bersih daripada pertuduhan kes hasutan seperti yang diputuskan Mahkamah Persekutuan hari ini.

Anwar dalam kenyataan di laman facebook beliau turut menyambut baik keputusan tersebut yang membersihkan nama mendiang peguam terkemuka itu berhubung kenyataan menyentuh krisis perlembagaan Perak 10 tahun lalu.

“Setelah sekian lama berjuang menuntut kebenaran terhadap kes ini akhirnya keadilan tertegak juga buat beliau.

“Keputusan ini juga sudah pastinya melegakan ahli keluarganya serta ia sesuatu yang manis menjelang ulangtahun ke-5 kematian Karpal,” katanya.

Karpal merupakan peguam Anwar dalam perbicaraan kes liwat.

Bekas pengerusi kebangsaan DAP itu didakwa pada 2010 kerana mempersoalkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah selepas Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin tersingkir dalam krisis itu.

Panel hakim, dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Zaharah Ibrahim memutuskan Karpal dilepas

Panel hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Zaharah Ibrahim berkata, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan melakukan kesilapan yang serius. -MalaysiaCapture

 

Source link

READ :  Jajaran Kuartza tidak beri masalah kepada pembinaan ECRL

Comment

News Feed