by

Jawatan Azam Baki tak berubah, kembali bertugas Khamis ini

SHAH ALAM – Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki akan kembali bertugas pada Khamis ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, timbalannya itu akan meneruskan tugas seperti biasa dan tidak ada pegawai baharu mengambilalih tempatnya sebagaimana khabar angin sebelum ini.

“(Media) tolong hentikan khabar angin ini. Jangan sensasikan semua benda yang berlaku dalam SPRM.

“Dia (Azam) sakit. Dia mendapat rawatan dan cuti sakit. Tidak ada isu pun,” katanya ketika ditanya pemberita selepas Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Menteri Besar Selangor di sini hari ini.

Sebuah portal atas talian pada Khamis lalu melaporkan, perubahan dijangka berlaku dalam kepimpinan tertinggi SPRM susulan Azam sakit dan dimasukkan ke Hospital Putrajaya bulan lalu.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas dibenarkan pulang, pegawai kanan itu dilaporkan pengsan dan dikejarkan ke unit rawatan rapi dan dikatakan menghidapi masalah kegagalan buah pinggang. – MalaysiaCapture

Source link

READ :  Lewandowski goals a precious commodity for Bayern

Comment

News Feed