by

Jakim siasat FB pegawai didakwa saran sedia parang untuk ‘si kafir’

Tangkap layar FB yang tersebar di media sosial.

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyiasat catatan Facebook yang menyarankan orang Islam sediakan “parang sembelihan” untuk “si kafir”, kata-kata yang mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Pengguna media sosial berkongsi tangkap layar catatan itu bersama dengan nama penulis asalnya, “Bakri Amboala”.

“Orang Islam kena ada parang sembelihan, untuk persiapan mana tahu si kafir nak jadi macam lembu korban,” kata catatan dalam tangkap layar itu.

Pemeriksaan FMT mendapati seorang individu bernama Bakri Amboala tersenarai di laman Jakim sebagai penolong pengarah salah satu unit penerbitannya.

FMT sedang cuba menghubungi Bakri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, yang bertanggungjawab ke atas Jakim berkata pihaknya sedar tentang catatan itu.

“Jakim sedang bertindak,” katanya.

Catatan itu dipercayai sudah dikeluarkan di Facebook Bakri.

Bakri juga pernah berkongsi gambar Dr Zakir Naik dan anaknya bertemu menteri besar Terengganu, ketika lawatan penceramah kontroversi itu ke Pantai Timur baru-baru ini.

Beliau juga ada mengulas tentang penemuan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bulan lalu yang mempertikaikan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa RM19 juta wang bayaran balik GST “dirompak” pentadbiran Najib Razak.

“Panas Dewan Rakyat hari ini, pasal Bagan gelar Pekan perompak, tapi ternyata tidak setelah keluar Laporan PAC.

“Siapa yang lemah jantung jangan jadi wakil rakyat. Orang yang hati kering saja boleh berhujah,” katanya.

Beliau juga berkongsi gambarnya bersama Zamihan Mat Zin, pegawai Jakim yang mengundang kemarahan Istana pada 2017 kerana mempertahankan sebuah kedai dobi untuk orang Islam sahaja di Johor.

Pada Mei, pihak berkuasa agama Selangor meluluskan lesen sementara yang membolehkan dia menyampaikan kuliah agama di negeri itu.

READ :  Papagomo serang saya, kata Syed Saddiq

Source link

Comment

News Feed