by

Harapan pemandu teksi kini pada Anwar

Pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Shamsubahrin Ismail berkata pemandu teksi kini tidak lagi boleh bergantung harap kepada Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang sebelum ini menyokong PH mendakwa Mahathir gagal menjaga kebajikan pemandu teksi selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menyebabkan pihaknya terpaksa bergantung harap kepada perdana menteri seterusnya Anwar Ibrahim.

“Semasa saya dalam program Nothing To Hide, saya pun ada cakap (PH) dah tak ada harapan. Harapan baru yang saya ada adalah Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, jadi itu harapan kita.

“Kita tunggulah, lagi cepat dia (Anwar) jadi perdana menteri, lagi bagus,” katanya kepada pemberita.

Ironinya, Shamsubahrin berkata demikian dalam sidang media di rumah bekas perdana menteri Najib Razak bagi berkongsi masalah dihadapi pemandu teksi.

Shamsubahrin turut mendakwa Dr Mahathir sebelum ini memaklumkan kepada kementerian pengangkutan bahawa perkhidmatan e-haling adalah salah.

“(Dr Mahathir) kata e-hailing akan membunuh pemandu teksi tapi kementerian masih nak jalankan ikut cara dia.

“Jadi harapan yang kita ade cuma satu sahaja. Kita tunggu Anwar yang mana saya pasti Anwar akan dapat membantu masalah pemandu teksi,” katanya.

Dua hari sebelum PRU14 pada 9 mei lalu, Shamsubahrin menggesa pemandu teksi mengundi PH bagi menghentikan kezaliman dibuat Najib terhadap mereka.

Menurutnya Najib dan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Nancy Shukri tak boleh diharapkan kerana melakukan kezaliman terhadap industri teksi terutamanya kepada pemandu yang kurang berkemampuan.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Shamsubahrin mengkritik PH selepas PRU14.

Sebelum ini beliau mengkritik PH kerana tidak menyentuh insentif khas dalam belanjawan 2019 untuk pemandu teksi yang kini kehilangan pendapatan akibat saingan penyedia perkhidmatan e-panggilan khususnya Grab.

READ :  SCCI to hold ‘Business – Research Partnerships on Societal Issues’ talk

Comment

News Feed