by

Gelisah orang Melayu mesti diberi perhatian, kata TPM

Kerajaan mesti memberi perhatian kepada laporan mengenai rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap prestasi PH, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengulas mengenai dapatan kaji selidik yang dijalankan pada akhir tahun lalu, Wan Azizah berkata, kerajaan perlu memberi keseimbangan di antara populisme dan keutamaan dalam pembuatan dasar.

“Memang saya membaca kaji selidik itu dan saya mengambil maklum.

“Kita mesti mendengar rintihan dan apa pendapat rakyat serta mengambil langkah-langkah perlu bagi melihat sama ada ia memang benar begitu atau (hanya) dibayangkan,” katanya kepada media di Pandan, Selangor hari ini.

Wan Azizah yang juga anggota parlimen kawasan itu menambah, majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu.

Justeru katanya jika dapatan kaji selidik itu menyatakan sebahagian besar orang Melayu tidak berpuas hati terhadap PH, kerajaan meseti memberi perhatian terhadapnya.

Semalam laporan media menyatakan kajian yang dijalankan di seluruh negara pada akhir tahun lalu menunjukkan hampir 60 peratus Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH.

Dapatan daripada kajian itu menyatakan 54.4 peratus responden Melayu tidak percaya kerajaan serius melaksanakan agenda Melayu, termasuk mempertahankan hak Melayu serta Islam sebagai agama rasmi.

Kira-kira 60 peratus responden pula percaya orang bukan Muslim sedang menguasai kerajaan dan DAP yang membuat keputusan di Putrajaya.

Kaji selidik itu dijalankan oleh Ilham Centre bersama Penang Institute ke atas 2,614 responden bagi tempoh 24 Okt hingga 24 Dis 2018.

Kata Wan Azizah ada beberapa aspek yang perlu disesuaikan oleh kerajaan sekarang kerana situasi sebenar kini tidak diketahui PH semasa mereka masih menjadi pembangkang.

“Sekarang kita dah tahu situasi sebenar, maka kita perlu memberi perhatian dan seimbangkan di antara langkah popular dan keperluan negara, apa yang harus dibuat untuk ekonomi serta kestabilan (negara),” katanya.

READ :  Ecuador’s violent demonstrations enter second day

Comment

News Feed