by

Dr. Mahathir perlu lebih kerusi di Parlimen untuk halang Anwar


(Utusan) – Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad memerlukan dua pertiga kerusi dalam Parlimen sebagai langkah menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir perlu risaukan perkara tersebut bukannya perkara lain seperti kerjasama UMNO dan Pas.

Kata Asyraf, beliau tidak merasakan Dr. Mahathir hendak dua pertiga untuk persempadanan semula, tetapi sebenarnya bermatlamat tidak mahukana Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Perkara ini Akmal perlu risau kerana Anwar adalah presidennya. Sekiranya Akmal jujur Pakatan Harapan (PH) hanya martabatkan demokrasi matang, mereka seharusnya matang untuk tidak terima ahli UMNO yang dianggap sampah.

“Namun kerana tidak mahu Presiden PKR menjadi Perdana Menteri, beliau (Dr. Mahathir) masukkan Ahli Parlimen UMNO. Perkara ini yang saya fikir Akmal patut perjuangkan,” katanya katanya dalam Wacana Sinar : Pas-UMNO Bergabung: Apakah Kesan Demografi Politik di sini hari ini.

Sementara itu, Akmal dalam majlis yang sama berkata, kerjasama antara UMNO dan Pas akan berdepan cabaran dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti khususnya dalam aspek pembahagian kerusi

“Apabila tiba masanya, kedua-dua parti pasti tidak akan berkerjasama terutama membabitkan aspek pembahagian kerusi serta calon Perdana Menteri.

“UMNO dan Pas pasti mahu menjadi Perdana Menteri dan mereka tidak akan mengalah. Cabaran antara kedua-dua parti ini akan terjawab menjelang pilihan raya nanti,” ujarnya.

Pada masa sama, Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhil Shaari berkata, pendekatan bersama UMNO berbeza dan cukup bersederhana selain sesuai untuk situasi semasa.

“Tidak perlu fikir siapa akan jadi Perdana Menteri sekiranya UMNO dan Pas menang tetapi banyak lagi isu yang tidak selesai seperti rasuah dan integriti.

READ :  DAP bagi amaran PH jangan jadi ‘lebih Melayu’ dari Umno dan PAS

“Kalau benar PH kata telus, di mana siasatan yang dijalankan selama ini antaranya kertas siasatan setiausaha politik yang ditahan dan anak menteri ditahan kes dadah.

“Apabila ditanya, jawapan yang diberikan semuanya masih dalam siasatan,” ujarnya.

 



Source link

Comment

News Feed