by

DBKL rombak jawatan anggota elak amalan rasuah

KUALA LUMPUR – Dalam usaha mengelak berlakunya amalan rasuah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan merombak jawatan anggotanya selang dua atau tiga tahun sekali bermula tahun ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, pada masa ini, penstrukturan semula dengan memindahkan kakitangan ke jabatan lain sedang dilaksanakan.

Beliau menjelaskan, amalan rasuah dalam DBKL lebih menjurus kepada kakitangan peringkat bawahan.

“Memang kita tak boleh benarkan mereka mememgang sesuatu jawatan berterusan untuk tempoh yang lama, mungkin dua atau tiga tahun, kita kena rombak.

“Sekarang ini, Datuk Bandar (Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan) sedang melakukan penstrukturan, pindahkan kakitangan-kakitangan DBKL ke jabatan-jabatan lain sebab kita dapati sebahagian pegawai-pegawai ini memegang jawatannya bertahun-tahun.

“Kakitangan bawahan iniramai juga terlibat dengan rasuah, kita boleh tanganinya apabila kita pindahkan mereka daripada satu jawatan ke satu jawatan lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Bagaimanapun Khalid menegaskan, rombakan itu tidak melibatkan pegawai-pegawai peringkat atasan memandangkan posisi tersebut terhad kepada empat jawatan sahaja.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khalid mengumumkan kementeriannya akan memastikan kebajikan atlet di Wilayah Persekutuan terbela dan dihargai kerana sumbangan mereka kepada negeri dan negara dalam bidang sukan.

Justeru, buat pertama kalinya kementerian berkenaan menghargai sumbangan atlet bina badan, Mohd. Syarul Azman Mahen Abdullah yang pernah merangkul gelaran Mr. Asia tiga kali berturut-turut ( 2016-2018) dan Mr. Universe pada Kejohanan Bina Badan Dunia dan Sukan Fizik empat tahun berturut-turut (2015-2018).

“Kita telah berjaya mendapatkan beliau sebuah rumah dengan sumbangan daripada pemaju Aset Kayamas sebuah rumah (apartment) di Bukit Jalil yang kini sudah siap dibina.

READ :  Jangan putus asa walaupun misi Chandrayaan 2 gagal – Modi

“Kita mahu memberi sokongan kepada atlet dari WIlayah Persekutuan yang telah berjaya mengharumkan negeri dan negara.

“Satu pencapaian luar biasa memang wajar dikagumi dan dibanggakan. Walaupun bukan merupakan antara kategori yang dianggap sebagai kategori utama namun ia tetap merupakan kejuaraan peringkat dunia yang diiktiraf,” ujarnya. – MalaysiaCapture

Source link

Comment

News Feed