by

Dana THM Telah Digunakan Sepenuhnya Untuk Bayar Hutang 1MDB

-News-103 views

Kerajaan telah menggunakan keseluruhan dana Tabungan Harapan Malaysia (THM) dengan pembayaran sebanyak RM61.68 juta bagi pelunasan bayaran faedah sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note).

Pembayaran sebanyak RM61.68 juta yang dibiayai oleh dana THM adalah hanya sebahagian daripada jumlah pembayaran faedah IMTN yang berjumlah RM143.75 juta. Baki sebanyak RM82.07 juta telah dibiayai melalui dana pemulihan aset 1MDB yang berjumlah kira-kira RM1.45 bilion setakat ini.

“Kerajaan sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tingginya penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang ke dalam THM ini,” kata Menteri Kewangan YB Dato Seri Lim Guan Eng dalam siaran media pada 30 November 2019.

Kerajaan komited untuk membayar semua obligasi pinjaman yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu. Bayaran seterusnya yang perlu dibuat oleh 1MDB adalah bayaran faedah non terbitan 1MDB Global Investments Limited (GIL) sebanyak USD66 juta yang akan dibayar pada 9 Mac 2020.

Secara keseluruhannya, sebanyak RM13.9 bilion terpaksa dibelanjakan oleh Kerajaan untuk membiayai hutang-hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) sejak 2017 hingga 2020.

“Hutang 1MDB pada masa ini adalah berjumlah RM50.5 bilion termasuk faedah yang hanya akan dilangsaikan sepenuhnya pada tahun 2039. Dengan pembayaran terakhir sebanyak RM61.68 juta maka dana THM sebanyak RM205 juta telah digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1MDB.

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed