by

BAGAIMANA MEDIA MALAYSIA BERLAKU JAHAT KEPADA DSAI !

Tugas media (akhbar) yang paling popular itu adalah menjadi pengawas, mengawasi kekuasaan. Dengan mengawasi (memantau) kerajaan, media seharusnya mewakili orang ramai dalam menyalurkan aspirasi dan juga memberi tekanan ke atas penjawat kerajaan agar tidak melakukan perkara yang buruk.

Oleh itu, menurut Bill Kovach, kewajipan kewartawanan yang pertama adalah menyatakan kebenaran. Kewajipan ini akhirnya membawa media untuk mengesahkan sesuatu peristiwa. Media seharusnya menyampaikan perincian yang sebenar-benarnya berlaku dalam satu peristiwa.

Walau bagaimanapun, di Malaysia, prinsip itu tidak sepenuhnya terpakai. Daripada sepatutnya bekerja memantau kerajaan dan menyatakan kebenaran, beberapa akhbar di sini sebenarnya telah menjadi alat politik sesetengah pihak berkepentingan, lalu pembingkaian cerita-cerita yang baik hanyalah buat menyebelahi kepentingan politik pihak tertentu sahaja.

Melihat kepada apa yang berlaku kepada Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) baru-baru ini. Malaymail.com dengan tidak jujurnya samada secara sengaja atau tidak telah menulis bahawa kempen oleh DSAI hanya dihadiri oleh 600 orang sahaja. Walaupun ramai sedia maklum kempen DSAI di Tanjung Piai itu telah berjaya mencipta gelombang rakyat. Ribuan rakyat turun menyokong kempen tersebut kerana jelas mereka mahu mendengar tokoh yang difikirkan mereka lebih layak untuk menjadi pemimpin mereka.

Atas niat yang tidak diketahui motifnya, jelas Malaymail sanggup berbohong. Dengan menggunakan perspektif foto yang “licik”, kempen DSAI sedang dibingkai seolah-olah ia tidak ada kepentingan dan tidak mendapat sokongan rakyat. Namun sekali lagi, menerusi video yang menunjukkan secara langsung dan puluhan foto yang beredar, semua orang tahu bahawa begitu ramai orang yang telah datang menyokong kempen beliau. Dengan fakta ini, Malaymail telah sewajarnya bertanggungjawab untuk memperbetulkan faktanya.

Kami pastinya tidak akan dapat bertahan dengan model kewartawanan sedemikian. Selain berniat tidak elok dan membohongi orang ramai, model media seperti ini nyata tidak mewakili kepentingan awam. Kerana model media sebegini akhirnya akan menyembunyikan kebenaran sampai bila-bila. Bagi mereka, rakyat atau orang awam bukanlah orientasi mereka.

Kemudian jika benar, maka siapa sebenarnya yang sedang mereka pertahankan? Dengan jelas, saya akan menjawab: wang dan kuasa.

DSAI mungkin menjadi mangsa hari ini, tetapi di lain hari bahkan mungkin kita semua akan dibingkai dengan kejahatan seperti itu.

 

-Ahsanul Haq

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed