by

‘Ba sayang Jebat’ – Sharnaaz

KUALA LUMPUR – Pelakon Sharnaaz Ahmad yang sedang berdepan kes tuntutan cerai ketika ini memuat naik klip video bersama anak tunggalnya, Jebat Jayden yang menyentuh hati netizen.

Menerusi status terbaharu di Instagramnya, Sharnaaz yang membahasakan dirinya ‘Ba’ memohon maaf kepada anaknya yang berusia satu tahun itu dan meluahkan perasaan sayangnya.

“Ba minta maaf sayang @jebatjayden .. Ba sayang kamu dengan nyawa Ba.. besar nanti kamu faham ya,” tulisnya ringkas di laman Instagram.

Luahan Sharnaaz itu mendapat reaksi netizen yang turut mendoakan agar pasangan itu kembali berbaik dan rumah tangga yang dibina pulih semula.

Semalam, Sharnaaz, 34, menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor, 35, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Noor Nabila ketika ditemui tidak bersedia memberikan kenyataan sebelum menangis di hadapan pengamal media.

Difahamkan, selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Noor Nabila dalam tuntutan perceraiannya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017. – MalaysiaCapture

Source link

READ :  Wujudkan ‘lemon law’ untuk bantu pembeli, CAP gesa kerajaan

Comment

News Feed