by

Azmin Ali Dakwa Itu Pertemuan ‘Sulit’, Setiausaha Agung PKR: Itu Tidak Bijaksana dan Tidak Tepat

Alor Setar – Selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) kalah teruk dalam pilihan raya kecil parlimen Tanjung Piai, tindakan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melakukan pertemuan sulit dengan pembangkang dianggap tidak bijaksana dan tidak tepat.

Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail bahawa isu (pertemuan Azmin) ini akan dibawa ke mesyuarat bulanan Dewan Presiden PH pada 23 November ini, yang akan diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, tidak peduli apa tujuan pertemuan tersebut, samada terdapat maksud tersurat mahupun tersirat, jelas bahawa ianya meragukan dan mencurigakan.

“Saya menganggap waktu pertemuan itu tidak tepat, kurang masuk akal karena PH secara politiknya didasarkan pada rasa saling mempercayai dan hormat-menghormati,” katanya dalam satu laporan akhbar pada hari Rabu (20/11).

“Jadi sebarang tindak tanduk yang mengundang kepada persepsi yang boleh menimbulkan kecurigaan dan kesangsian, maka adalah paling bijak jika ia dapat dielakkan,” tambahnya.

Ditanya apakah PKR akan mengambil tindakan disiplin terhadap Mohamed Azmin, Saifudin menjawab bahawa masalah itu belum dibahas kerana ia baru saja berlaku.

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed