by

Anwar Si Hero Filem Tamil

Syed Ahmad Fadhli

Apabila melihat gelagat Anwar Ibrahim yang kepanasan kebelakangan ini, amatlah layak kita calonkan dia Anugerah Hero Paling Popular Filem Tamil. Tambahan pula dia sememangnya berbakat menyanyi dan berjoget di atas pentas.

Percakapannya berbelit-belit dan berpusing-pusing. Dia pun kini menjadi jurucakap kepada Sarawak Report atau sebenarnya dia pun bersekongkol dengan Clare Rewcastle Brown dalam memfitnah PAS?

Dalam ceramah Anwar malam tadi, dia mendakwa;
a) PAS bukan dapat duit 1 MDB tetapi duit UMNO
b) Duit 1 MDB bukan dibayar kepada PAS tetapi bekas pemimpin PAS
c) Anwar dakwa PAS isytihar menang kes saman Sarawak Report
d) Anwar ada bukti tetapi tak mahu dedah

Hebat bukan lakonan hero filem memperdaya pendengar pidato berapinya itu?

Sewajarnya, Anwar hadir ke Ibu Pejabat SPRM yang beralamat Ibu Pejabat SPRM No. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250 Putrajaya bagi menyerahkan segala bukti kononnya PAS dapat duit UMNO. Jangan sembang sahaja, kereta pun boleh terbang apabila dengar temberang Anwar.

Anwar baca kenyataan siapa yang kata PAS isytihar menang saman Sarawak Report tu? Cuba semak kembali kenyataan terkini Setiausaha Politik Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS, tidak ada pula dinyatakan PAS menang saman. Yang ada disebut ialah kes tersebut diselesaikan secara luar mahkamah atas persetujuan kedua-belah pihak dengan terma yang dirahsiakan.

Mengapa Anwar tak mahu dedah terus bukti dokumen transaksi bank itu? Dia sekadar temberang sahaja bagi menggertak PAS supaya duduk diam dan senyap.

Bersungguh Anwar menyerang PAS dalam kempen PRK DUN Semenyih, PAS bertanding ke di situ? Kenapa dalam ceramah tu tak perjelaskan mengenai kegagalan Kerajaan Harapan Palsu memerintah? Pengundi Semenyih mahu dengar apa penyelesaian kepada masalah kos sara hidup mereka yang kian meningkat sejak PH menjadi Kerajaan.

READ :  R. Kelly hit with fresh sex assault allegations - MalaysiaCapture

Dalam ceramahnya semalam, berulang kali dia sebut, nama saya Anwar Ibrahim.  Tak perlu sebut pun orang ingat dan kenal siapa Anwar? Anwar Insan Soleh Yang Tidak Pernah Berbohong. Kerajaan 16 September tajaan Anwar yang gagal itu masih kekal terpahat dalam memori. Langkah Kajang yang kejang tajaan Anwar itu pun tidak pernah terpadam dalam ingatan.

 



Source link

Comment

News Feed