by

4 filem diramalkan bakal menggegarkan pawagam Mac ini

Mac mungkin bulan yang ditunggu oleh kaki wayang sama ada filem yang dinantikan bakal menemui anda di pawagam atau tidak…

Disini disenaraikan beberapa filem yang akan ditayangkan sepanjang bulan Mac ni.

Captain Marvel

Filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat filem Marvel akan mula ditayangkan pada 6 Mac.

Jalan cerita antara Captain Marvel dengan Avengers sama ada ia berkaitan atau tidak akan diketahui dalam filem ini nanti.

Setakat ini apa yang sudah bocor di media sosial ialah filem Captain Marvel ada pre dan post credit scene.

Bikers Kental 2

Ada sambungan lagi rupanya kisah Bidin dengan superbike dia.

Bidin yang dilakonkan oleh Zizan Razak dalam filem Bikers Kental 2 akan ditayangkan pada 14 Mac 2019.

Masih ingat lagi tak watak Zul Ariffin yang suka buli si Bidin? Tapi Zul Ariffin tidak ada dalam Bikers Kental 2.

Yang pasti filem Bikers Kental 2 ini nanti pasti akan membuatkan penonton gelak berguling sebab ada Afdlin Shauki.

Bisikan Iblis

Cerita seram dari Indonesia pasti menyeramkan sesiapa sahaja yang minat dengan genre ini.

Tahap seram dan terkejut dalam wayang pasti boleh membuatkan sesiapa sahaja yang menonton bergaduh dek kerana terkejut.

Filem ini akan ditayangkan pada 21 Mac 2019.

Di Indonesia filem ni sudah ditayangkan pada bulan September tahun lepas.

US

Adakah anda familiar dengan watak M’baku yang dilakonkan oleh Winston Duke dalam filem Black Panther dan Avengers?

Filem US ini pertama lakonan Winston Duke selain daripada filem keluaran Marvel.

Akan ditayangkan pada 21 Mac, filem US ni ialah filem yang bergenre horror, ditambahkan pula dengan unsur thriller dan psikologi, maknanya boleh bayangkanlah betapa jiwa kacau nya nanti dalam wayang masa tengok filem ini.

READ :  Tidak berkahwin untuk bercerai

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Source link

Comment

News Feed